Wednesday, June 8, 2016

MANUAL REPORT (PERANGKAP CAHAYA)

RAMA-RAMA; PERANGKAP CAHAYA

RADAS DAN BAHAN
1.      10ml ethyl acetate (killing agent)
2.      Perangkap cahaya
3.      1 unit bateri
4.      10m tali nilon
5.      Kapas
6.      Surat khabar
7.      Balang kaca
8.      Bekas plastik
9.      Tisu
10.  Kertas label (tagging)
11.  1 unit extra UV light tube

KAEDAH PERSAMPELAN
A.    Membina perangkap cahaya

1.      Celupkan kapas sebesar saiz genggaman ke dalam 10ml ethyl acetate dan masukkan kapas ke dalam balang kaca dan tutupkan balang tersebut.
2.      Letakkan balang di bahagian bawah tangki pengumpul.
3.      Tambahkan 5 ke 10 helai surat khabar yang telah dironyokkan ke dalam tangki pengumpul.
4.      Ikat setiap tangki pengumpul diantara dua pokok bersaiz sederhana (10-20cm) kira-kira 2.5 meter daripada tanah.  Perangkap ini sesuai diletakkan diruang terbuka yang tidak bersemak.


5.      Gantung perangkap cahaya menggunakan tali nilon kira-kira dua meter daripada tanah. Ini untuk memastikan cahaya masuk dengan kadar maksimum.

6.      Hidupkan cahaya pada waktu senja dan biarkan cahaya terbuka sehingga jam 8.00 pagi pada hari yang berikutnya.


B.     Memeriksa perangkap

1.      Periksa perangkap pada setiap pagi.
2.       Cabut bateri dan turunkan perangkap secara perlahan-lahan daripada pokok.
3.      Buka tangki pengumpul dan leraikan surat khabar.
4.      Ambil spesimen secara berhati-hati dan pindahkan ke dalam plastik yang dilapisi bersama tisu. Hal ini untuk mengelakkan spesimen daripada rosak.

5.      Labelkan setiap lapisan tisu dengan maklumat seperti tempat persampelan, tarikh, nombor perangkap dan nama pengumpul.
6.      Selepas pengumpulan specimen selesai, isi semula balang kaca dengan 10 ml ethyl acetate. Masukkan semula balang kaca dan surat khabar yang dironyokkan ke dalam balang pengumpul. Tukar bateri dan gantung semula perangkap cahaya ke atas pokok.


DESKRIPSI LOKASI PERANGKAP
Nombor Perangkap
Lokasi Perangkap
Tarikh
















BILANGAN RAMA-RAMA DALAM PERANGKAP
Tarikh
Perangkap #1
Perangkap #2
Perangkap #3
Perangkap #4
Perangkap #5
Catatan













































No comments:

Post a Comment